BAB 2
Seminggu kemudian..
“jumpa aku kat tempat hari tu pukul 2 petang. Sharp!”
Ain mengeluh setelah mematikan telefon. Tempoh yang di janjikan telah tiba. Jam telah menunjukkan jam 12 tengahari. Dia mesti cepat keluar kerana takut terlewat sampai. Entah apa lagi nanti idea mengarut lelaki yang di temuinye seminggu yang lalu terbit.
“Kau yakin ke zam?” soalan itu yang meniti di bibir Adli ketika mereka bertemu 2 hari yang lalu
“terpaksa yakin” senyuman hambar di hadiahkan buat sahabatnya Adli. Teman yang sentiasa susah senang bersamanya. Yang tidak pernah kisah tentang latar belakang Azam.
“budak perempuan tu?setuju ke?”
“Entah”. Balas Azam tanpa perasaan.fikirannya telah jauh melayang
“La..gila betul la kau ni..” berkerut-kerut dahi Adli memikirkan sikap sahabatnya yang kadang kala sukar di ramal.
“sama macam ayat budak tu” Azam mengeluh lemah. Dia tidak tahu lagi apa yang patut di lakukan bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Tempoh yang di berikan Dato’ Hisyam hampir tamat. Cuma tiga minggu sahaja lagi.
“ macam mana kalau papa kau tak setuju?”
Soalan Adli makin menyesak fikirannya. Dia sudah tiada pilihan. Azam lebih rela memilih Ain Safrina, gadis yang di kenalinya secara tidak sengaja aripada menerima cadangan papanya.
“Awak…”
Lamunan Azam terhenti. Dia baru tersedar yang kini di hadapannya bukan Adli tapi Ain Safrina.
“Kenapa kau terkejutkan aku? Tak reti bagi salam ke?” Azam tiba-tiba hilang sabar kerana lamunannya terganggu.
“saya dah lama bagi salam.dah 10 minit pun sampai sini.”
‘ha?alamak…malu aku’
Azam berdehem beberapa kali.menutup perasaan malu apabila melihat gadis di hadapannya tersenyum dengan penuh makna
“ mana duit aku?” soal azam tiba-tiba sambil memerhatikan Ain di hadapannya. Wajah Ain di tatap lama. Gadis bertudung itu manis di pandang. Tahi lalat kecil di bawah bibir gadis itu menarik perhatiannya.
‘cantik’
Hanya di sebut di dalam hati. Azam sedar gadis di hadapannya agak ketakutan namun dia tidak mampu mengalihkan pandangannya dari wajah gadis itu.
“tak apa kn awak?” sedikit senyuman terukir di bibir Ain.
“Apa yang tak apa?” wajah Azam berubah. Sah. Mengelamun lagi.
“awak ni suka berangan la.hehe…” terlepas juga ketawa kecil dari bibir Ain mengenangkan lelaki di hadapannya.” Panas-panas macam ni pun awak sempat berangan. Saya cakap, saya bayar bakinya bulan depan ye? Bila saya dah dapat gaji pertama saya. Baru dapat kerja semalam.maaf ye?” senyuman masih tidak lekang dari bibir gadis itu.
“No way!”
Ain tersentak. Senyumannya mati. Ketegasan lelaki di hadapannya cukup merisaukan. ‘dia serius ke apa dia cakap hari itu?mati aku’ hati Ain mula berbicara sedangkan akalnya menyangkal.
“So, sekarang kau kena ikut cakap aku. Di sebabkan kau tak dapat bayar semua duit aku, bersedia lah jadi isteri aku” lelaki itu senyum sinis.
‘Dunia dah terbalik ke?takkan dia serius?’
Ain tergelak kecil bagi menutup kegusaran di hatinya.
“Awak main-main kan?”
“Tak.aku serius”
Wajah Ain serta merta berubah. Bukan cara ini yang di harapkan nya untuk sesebuah perkahwinan. Dia masih menanti cintanya. Cinta yang belum pernah hadir di dalam hati gadis itu. Tapi wajah lelaki itu yang yakin membuatkan dia pasti Azam tidak bermain-main tentang kata-katanya tadi.
“Nanti saya fikirkan” balas Ain tanpa memandang wajah lelaki di hadapannya. Fikirannya kosong.
“Esok aku ambil kau kat rumah.”
Bait-bait ayat seterusnya ang keluar dari mulut Azam bagai angin lalu di telinganya. Fikirannya benar-benar buntu. Cuma anggukan yang di beri sedangkan Ain sendiri tidak pasti untuk apa dia mengangguk

