BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tiada yang kedua








BAB 1
Perlahan-lahan Ain mendekatkan dirinya pada lelaki itu.cuba menegur tapi hatinya sendiri takut….
“Awak….”
“Pe awak-awak?Kau tengok apa kau dah buat kat kereta aku?Kemek tau tak?cermin pecah. Kau tahu melintas jalan tak?tak pasal-pasal kereta aku cium tiang lampu”. Satu tengkingan dah cukup membuatkan semangat Ain yang di kumpul sejak tadi melayang.
Lelaki yang sedari tadi tegak memerhatikan Ain diam tak berkutik.
“Sorry…” Cuma itu yang mampu ain lafazkan tatkala melihat bahagian  hadapan kereta Toyota vios lelaki di hadapannya telah kemek.
“Aku tak peduli.Kau mesti bayar ganti rugi!”
“Ganti rugi?saya tak ada duit…”
“aku tak peduli.aku bagi tempoh 7 hari je.kalau tak,kau kena kahwin dengan aku.muktamat!”
“hah?gila ke?”
“kau ke gila,aku yang gila?elok-elok aku bawa kereta , yang kau main lintas tu kenapa?”
“saya dah minta maaf kan?yang awak nak panjang-panjangkan cerita sampai keluar idea mengarut awak tu kenapa?” kemarahan ain mula memuncak.ketakutan atas kesilapannya tadi telah hilang entah ke mana.
“7 hari.deal.ni nama dengan nombor phone aku.7 ari lagi aku cari kau.bagi nama dan nombor phone kau.dengan nombor i/c sekali.” Dengan muka penuh selamba,Azam tidak akan beralah dengan gadis di hadapannya.gadis ini perlu di ajar. Itu la yang tersirat di hati Azam setelah kereta kesayangan yang di tatang bagai minyak yang penuh sudah kemek di bahagian hadapan.
“ hurm…nah”.ain menyerahkan kertas setelah menulis sesuatu di atasnya.malas dia hendak bertegang urat dengan lelaki di hadapannya. Hatinya kosong. Masalah yang datang menimpa-nimpa membuatnya penat.
“bagus”. Huluran kertas itu di sambut oleh lelaki di hadapannya. Clik!
“awak nak buat apa dengan gambar saya?” wajah ain sudah kehairanan apabila gambarnya di ambil secara tiba-tiba menerusi telefon bimbit milik lelaki itu.
“supaya awak tak lari ”. pantas lelaki itu menjawab lantas meninggalkan Ain sendirian.
Lemah kaki ain melangkah ke arah rumah flatnya. Entah apa malang nasibnya, sudah lah hilang pekerjaan sejak 2 bulan lalu akibat syarikat tempat dia bekerja muflis, lebih malang nasibnya apabila terjumpa pula lelaki gila yang meletakkan syarat merapu atas kesilapan yang dia sendiri tidak sengajakan.
Perlahan-lahan pintu rumahnya di tolak lalu merebahkan tubuhnya di sofa buruk tinggalan ibu bapanya..
“Kak…akak tak apa-apa ke?macamana dengan interview tadi?”satu suara menegurnya dari belakang mematikan lamunan Ain. Pantas satu senyuman di hadiahkan buat satu-satu adiknya Atiqah. Hanya Atiqah yang tinggal untuk mnemaninya sejak 4 tahun yang lalu.
“Akak tak apa-apa.interview ok. Kalau ada rezeki, adalah. Tiqah dah makan?akak tak beli apa-apa hari ni”
“Tiqah dah makan dah kat sekolah tadi…Kalau akak nak makan,tiqah dah belikan nasi campur.ada kat dapur.Akak panaskan la dulu lauk tu. Dah lama tiqah beli. Akak makan tau?tiqah beli khas untuk akak” sambut Atiqqh seraya tersenyum.
Ain tersenyum.dia tidak kisah dirinya tidah makan asalkan adiknya makan. Cuma Atiqah yang dia ada.
“Thanks tiqah. Akak nak mandi dulu.”
Setelah menunaikan solat zohor dan makan, Ain menyambung lamunannya di ruang tamu. Kata-kata lelaki yang tidak di kenalinya kembali menerjah. Seminggu. Dia tidak tahu di mana hendah mencari duit bagi membayar gant rugi kepada lelaki itu. Tidak ada barang kemas untuk di gadaikan. Hanya tidak seutas rantai pemberian arwah ibunya 5 tahun yang lalu. Tidak mungkin dia akan menggadainya. Hanya itu yang dia ada. Wang di dalam simpanannya juga hanya cukup untuk menampung hidupnya dan Atiqah sehingga dia mendapat kerja.
‘Mustahil lelaki tu serius nak kahwin dengan aku kalau aku tidak dapat membayar ganti rugi tu.mustahil…’
Kata-kata itu hanya keluar di dalam hatinya.
Bibirnya mengukir senyuman. Kerisauan di hatinya beransur hilang. Tiba-tiba teringat wang simpanannya di dalam ASB. Di harap wang itu masih ada. Di tariknya satu kad nama dari dalam dompet.
‘Azam Hakimi bin Ahmad Hisyam.’nama itu yang tertulis di kad nama lelaki tadi. ‘ aku mesti boleh bayar punya la duit dia.tapi berapa?’ hatinya mula berteka teki namun senyumannya kembali tatkala memikirkan yang dia mempunyai cukup wang untuk membayar ganti rugi tersebut.